Hiburan

Filem ‘Anak Kunti’ misteri spiritual dan kisah alam nyata

ANAK Kunti, sebuah filem berdurasi 95 minit, membawa penonton menyelami kehidupan di sebuah pesantren yang berlandaskan nilai keagamaan tetapi dihantui oleh teror supranatural yang mencengkam.

Berlatar belakang zaman 80-an, filem ini mengajak penonton meneroka kegelapan spiritual pada tradisi dan mitos tempatan unsur yang sebati dalam budaya seram Indonesia.

Filem ini mengisahkan tentang Sarah (Gisellma Firmansyah), seorang santriwati yang sering dihantui mimpi buruk mengenai Kuntilanak, sosok yang sudah cukup sinonim dalam kisah seram Nusantara.

Ditemani sahabatnya, Azizah (Wavi Zihan) yang berasal dari desa Wonoenggal, Sarah berusaha merungkai rahsia gelap masa lalunya yang berkaitan dengan teror tersebut.

Dalam pencariannya, Sarah bertemu dengan Majid (Abun Sungkar), seorang doktor muda yang sedang bertugas di kampung yang berhantu itu.

Tanpa disangka, desa Wonoenggal yang terpencil ini ternyata dikuasai oleh kekuatan gelap di bawah pimpinan Mbok Darmi (Jajang C. Noer), seorang wanita yang memiliki keupayaan luar biasa dalam dunia mistik

Sarah bukan sahaja perlu berhadapan dengan ancaman Kuntilanak yang mengerikan, tetapi juga melawan kuasa gelap di desa itu.

Dengan jalan cerita yang mendebarkan, Anak Kunti berjaya menggabungkan elemen seram supernatural dengan intrik manusiawi yang kuat.

Ditambah pula dengan lakonan mantap daripada barisan pelakon seperti Gisellma Firmansyah, Wavi Zihan, dan Jajang C. Noer, filem ini menjadi sebuah tontonan wajib bagi peminat filem seram Indonesia.

Di sebalik ketegangan yang kian memuncak, Anak Kunti turut mengajak penonton merenungi hubungan antara kekuatan ghaib dan kebenaran manusia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button