KemalanganNasional

Wanita rentung kemalangan di Lebuh Raya Mex

SEORANG wanita rentung manakala lima individu lain terselamat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM10.9 Lebuhraya Maju (MEX), pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil Khairuddin Abdurrahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.14 pagi sebelum 17 anggota dan jentera daripada BBP Bukit Jalil dan BBP Pudu bergegas ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta terbakar 100% berpunca daripada kemalangan jalan raya. Pemandunya, seorang wanita, rentung.

“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga yang turut terlibat dalam kemalangan yang sama pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin berkata, kereta yang terbakar itu turut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dengan hanya lelaki itu mengalami kecederaan di kepala. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button