Nasional

Arul Kanda boleh bebas daripada tuduhan bersubahat dengan Najib jika jadi saksi pendakwa

 SEMUA pertuduhan terhadap bekas Ketua Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy boleh digugurkan seandainya beliau ‘bertukar’ menjadi saksi pendakwaan.

Itu merupakan cadangan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika ucapan pembukaan perbicaraan hari ini, bahawa ada kemungkinan tuduhan terhadap boleh digugurkan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Peguam kepada Arul Kanda, Datuk N. Sivanathan berkata, beliau  pada awalnya terkejut dengan cadangan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu.

Arul Kanda kini berdepan dengan tuduhan bersuhabat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau dikatakana mungkin akan dipanggil sebagai saksi di bawah Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Sivanathan ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, dalam peruntukan Seksyen 63 Akta SPRM ada klausa untuk tertuduh yang memberi keterangan iaitu dalam kes itu adalah Arul Kanda yang juga dituduh bersama-sama Najib melakukan pindaan laporan akhir audit 1MDB pada tahun 2016.

“Sebenarnya secara asas, pendakwa sememangnya boleh memanggil tertuduh untuk menjadi saksi pihak pendakwaan apabila sudah cukup bukti maka tertuduh yang menjadi saksi itu akan diberikan perlindungan daripada tindakan terhadapnya.

“Pada masa sama, anak guam saya juga tidak boleh diarahkan untuk memberikan keterangan yang boleh menjejaskan dirinya sendiri.

“Dalam pada itu, jika ini terjadi dan mahkamah benarkan untuk kita serahkan bukti bermakna pertuduhan terhadapnya juga perlu digugurkan.

“Jika beliau berikan bukti, maka sepatutnya ia akan diikuti dengan pertuduhan terhadapnya digugurkan,” kata Sivanathan seperti yang dipetik daripada Malaysia Gazette.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button