Ekonomi

FICP Melaksanakan Put Option Bagi Pelaburan di Eagle High Plantation

FIC Properties Sdn Bhd (FICP), sebuah anak syarikat milik penuh FELDA hari ini menyerahkan notis kepada PT Rajawali Capital International (RCI) dan PT Rajawali Corpora (RC) bagi melaksanakan “put option” berkenaan dengan pelaburan dalam PT Eagle High Plantation Tbk (EHP).

FICP pada Disember 2016 telah membeli 37% saham dalam EHP daripada RCI dengan jumlah USD505.4 juta. Menerusi perjanjian pembelian saham tersebut, FICP boleh melaksanakan suatu “put option” berkenaan dengan pelaburannya dalam dua situasi iaitu situasi pertama apabila berlakunya sebarang kemungkiran oleh RCI / RC
atau situasi kedua iaitu atas budi bicara tunggal dan mutlak FICP pada tarikh akhir “put option” yang jatuh pada 11 Mei 2022.

Pelaksanaan “put option” oleh FICP hari ini mengikut peruntukan situasi kedua adalah untuk melindungi sepenuhnya hak dan kepentingan FICP. Melalui “put option” ini, RCI atau RC perlu membeli balik 37% saham tersebut daripada FICP pada harga pelaburan yang sama iaitu USD505.4 juta bersama faedah 6% setahun dari 11 Mei 2017 sehingga tarikh pembayaran penuh.

FELDA yakin keputusan untuk melaksanakan “put option” oleh FICP hari ini adalah keputusan perniagaan yang wajar dan dibuat berdasarkan prinsip tadbir urus yang jitu. Keputusan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan model perniagaan Kumpulan FELDA yang lebih tersusun dan mampan.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button