HiburanTeater

Teater purbawara, Masahoro Opu Raja Siti angkat konsep pementasan terbuka!

Apabila bercakap tentang teater, ia sinonim dengan suasana pementasan akan berlangsung dalam panggung tertutup dan penonton akan duduk di atas kerusi empuk.

Namun bagi Majlis Teater Selangor (MTS), tidak salah untuk menongkah arus dan mencipta keunikan tersendiri seperti mengadakan pementasan teater di ruang yang terbuka.

Maka tidak hairan apabila naskah teater purbawara, Masahoro Opu Raja Siti yang akan dianjurkan pada 10 dan 11 September ini tampil dengan konsep pementasan terbuka.

Ujar pengarah Masahoro Opu Raja Siti, naskah tersebut mengangkat sejarah negeri Selangor semasa awal tahun 1723, munculnya seorang wanita yang menjadi pemerintah negeri tersebut.

“Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan.

“Arung Pasarai kemudian diganti oleh Raja Siti pada awal 1723 dan sebelum pemenrintahan negeri Selangor digantikan oleh Raja Lumu,” katanya.

Namun yang menjadi kerisauan, memandangkan teater tersebut dijalankan secara pentas terbuka, faktor cuaca buruk adalah satu perkara yang diharapkan tidak terjadi.

“Orang ramai yang menonton teater purbawara, Masahoro Opu Raja Siti akan dihidangkan dengan unsur kejutan dari segi gaya pencahayaan, muzik, silat dan seni tari.

“Seandainya pada waktu itu cuaca buruk memang tidak dapat dielakkan, kami akan teruskan persembahan bersama suasana alam bagi mencipta kelainan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayan Negeri (JKKN) Selangor, Mohd. Raizuli Jusoh berkata, beliau yakin pementasan tersebut boleh berjaya memadangkan semua pihak memberikan kerjasama yang baik.

“Bajet untuk teater adalah RM100,000 daripada geran sepadan yang telah kami perolehi namun bukan wang yang kami lihat sebaliknya penggiat seni teater masih boleh meneruskan karya mereka,” jelasnya.

Pementasan teater purbawara, Masahoro Opu Raja Siti akan dipentaskan di Taman Tasik Shah Alam pada 10 dan 11 September dengan bayaran tiket RM20.

Orang ramai yang berminat untuk membuat pembelian tiket, boleh berhubung dengan wakil produksi menerusi talian 010-8417161.

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button