Rencah Hidup

Gangguan bekalan air empat hari di Lembah Klang

SEBANYAK 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 14 Julai hingga 17 Julai ini.

Pengarah operasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abas Abdullah berkata, ia berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) yang akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.

Buzz Sociopolitics Malaysia: 01/10/13

Katanya, kerja penambahbaikan itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.

“Berikutan henti tugas LRA ini, 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 Julai, 9 pagi hingga 17 Julai, 5 petang.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemulihan bekalan air ke kawasan terlibat akan bermula 9 pagi pada 15 Julai.

Katanya, Air Selangor juga membuat anggaran 48% daripada semua kawasan terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 9 pagi 16 Julai, diikuti 80% kawasan terlibat 9 pagi pada 17 Julai.

“Pemulihan bekalan air sepenuhnya dijangka pada hari sama jam 5 petang. Oleh itu, Air Selangor akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal terdiri daripada hospital dan pusat dialisis.

“Air Selangor juga akan membuka 8 pusat khidmat setempat (PKS) dan menyediakan 6 pili air awam bermula 16 hingga 17 Julai untuk membantu pelanggan yang terjejas disebabkan kerja penambahbaikan LRA SSP3.

“Pelanggan komersial pula boleh membeli air di 2 stesen pengisian air setempat menggunakan lori tangki air masing-masing. Bayaran boleh dilakukan di semua kaunter khidmat pelanggan Air Selangor dan secara dalam talian,” katanya.

Menurutnya, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai henti tugas berjadual SSP3 ini, pelanggan boleh merujuk laman sesawang Air Selangor atau aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App store.  – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button