Hiburan

FFM-31: Pencalonan kali keempat bawa tuah pada Remy Ishak

TIGA kali tercalon dalam Festival Filem Malaysia (FFM), satu pun tidak sangkut atau tidak memihak kepada aktor Remy Ishak.

Kali pertama dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Kali kedua, FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan kali ketiga, dalam kategori yang sama, dicalonkan pada FFM30 menerusi filem Pulang.

Selepas tiga kali tercalon dan pulang dengan tangan kosong, malam tadi, FFM-31 telah memecahkan ruyung Remy Ishak apabila beliau berjaya membawa pulang anugerah kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Gembira dengan kejayaannya malam tadi, Remy mengakui, anugerah kali ini tidak sama seperti anugerah-anugerah yang pernah diraih sebelum ini.

“Penantian selama 15 tahun saya berhasil juga akhirnya. Walaupun masih menggeletar menjulang trofi FFM-31 namun kali ini, inilah rezeki pada tahun ini,” katanya.

Mengakui bukan senang untuk mendapat anugerah berprestij ini, Remy berkata, beliau tidak menjangka kemenangan berpihak kepadanya pada pencalonan kali keempat.

“Alhamdulillah. Akhirnya saya bawa pulang juga trofi daripada anugerah yang berprestij ini dan memang saingannya sengit.

“Bagi saya anugerah ini sangat istimewa kerana memang saya nantikannya,” ujarnya. – SUMBER ASTRO GEMPAK – SM

(Visited 554 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button