KesihatanNasional

KKM perlu pastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan awam

Jangan biarkan sektor pelancongan sakit masuk ICU, boleh mati tengah jalan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) perlu memastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan awam negara sentiasa ditambah baik.

Ini bagi menampung sebarang peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Saranan itu dikemukakan oleh pihak Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Menurut MPN lagi, KKM juga mengingatkan orang ramai supaya memainkan peranan masing-masing termasuk mengambil dos penggalak vaksin dalam usaha mengawal jangkitan Covid-19.

“Ini juga sebagai melindungi diri dan keluarga,” kata Muhyiddin kepada pemberita usai mesyuarat yang berakhir lewat petang semalam.

Kata Muhyiddin, walaupun pemakaian pelitup muka atau face mask lebih dilonggarkan lagi oleh Singapura, negara jiran, itu tidak bermakna Malaysia akan ikut apa yang dibuat oleh pihak Singapura.

“Sama ada kita nak lebih longgarkan lagi pemakaian mask, biarlah KKM yang umumkan dan buat penilaian berdasarkan data kita.

“Bukan bermakna kalau Singapura membuat lebih kelonggaran tentang pemakaian mask, kita juga akan ikut dan buat yang sama,” katanya.

Menjawab soalan pemberita, Muhyiddin menolak pandangan sekiranya lebih kelonggaran pemakaian mask di tempat awan akan menarik lebih ramai pelancong masuk ke negara ini.

“Tidak semestinya dan tidak nampak pula itu akan jadi faktor tarikan lebih ramai pelancong walaupun sektor pelancongan negara kita terjejas semasa pandemik Covid-19.

“Sektor pelancongan perlu dipulihkan segera dan tempoh pemulihan selama empat tahun yang diunjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah terlalu panjang,” katanya.

Sehubungan itu, MPN mengesyorkan tempoh pemulihan dipendekkan setahun dan Kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan, katanya.

Dalam pada masa yang sama, MPN turut mengesyorkan kepada Kerajaan agar penambahbaikan infrastruktur dilakukan secepat mungkin.

“MOTAC bawa balik kepada MPN cadangan mereka jika sesuai, Kerajaan akan ambil tindakan dan jangan ambil tempoh terlalu lama untuk pulihkan sektor pelancongan.

“Macam orang sakit, kalau masuk ICU, tengah-tengah jalan, mati dan apabila pelancong tak datang, alasan tak ada tenaga kerja.

“Sektor pelancongan antara yang penting dan peranan MPN kia lihat cara yang agresif, cepatkan tempoh pemulihan,” ujarnya. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button