Hiburan

Mia Ahmad tak mahu sesiapa lawat bayinya

PANDEMIK Covid-19 sebenarnya membuat ramai trauma untuk membawa anak kecil mereka keluar apatah lagi jika baru dilahirkan.

Berkongsi perasaan yang sama ialah Mia Ahmad yang mengakui rasa bimbang untuk membenarkan sesiapa sahaja melawat bayi perempuan yang baru dilahirkannya.

Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, mengakui rasa sukar ketika bersalin anak keduanya kerana terpaksa menjalani pelbagai prosedur.

>BACA Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat

“Sebab Covid-19, jadi saya kena buat ujian saringan Covid-19. Mula-mula takut juga nak buat sebab baca pengalaman orang lain tetapi sebenarnya tidaklah sakit sangat.

“Lepas itu nak bagi orang melawat di hospital atau di rumah pun susah. Sebab orang takut nak pergi hospital dan saya pun takut nak terima lawatan orang,” katanya seperti dilaporkan Mstar.

mia ahmad

Berita kelahiran kedua Mia dikongsikan suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) melalui akaun Instagramnya pada 19 Jun lalu.

Menurut Mia, dia masih merahsiakan nama anaknya itu bersyukur dengan keadaan bayi keduanya yang sihat dan sempurna.

Mia berkahwin dengan Mohd. Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2018. -SM

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button