AgamaNasionalNegeri

Perlis lancar Projek Pengumpulan Pelupusan Al-Quran

BUAT julung kali, Perlis melancarkan Projek Pengumpulan Pelupusan Al-Quran (PPPAQ).

Projek ini telah dibangunkan dengan kerjasama masjid-masjid yang bertungkus lumus menyediakan kemudahan demi kesejahteraan umat Islam untuk menjaga kemuliaan al-Quran.

Projek Pengumpulan Pelupusan Al-Quran (PPPAQ) di Masjid Negeri Arau.

PPPAQ telah dibangunkan di tiga lokasi, iaitu di Masjid Negeri Arau, Masjid Jamek Beseri dan Musolla al-Irsyad wa al-Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Bayaran yang dikenakan hanya RM10 bagi setiap sekilogram (kg).

Majlis pelancaran PPPAQ telah dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri, Izizam Ibrahim di Masjid Negeri Arau di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman dan Imam Besar Perlis, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Pada majlis berkenan juga disampaikan sijil penghargaan kepada tiga PPPAQ di Perlis. – SM

BACA Fahami kehendak al-Quran supaya umat Islam bersepakat – Raja Muda Perlis

BACA Pusat Tahfiz Al-Quran disaran tubuh Skuad Bomba

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button