BanjirNegeriRencah HidupUncategorized

Fenomena kepala air melimpah dari puncak Gunung Jerai

Beberapa kawasan banjir Rabu lalu

SEORANG pakar hidrologi berkata, kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di kaki Gunung Jerai disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.

Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perubahan iklim mungkin menyebabkan banjir  dan hujan lebat luar biasa di mana itu hanya menjadi sebahagian daripada puncanya sahaja.

“Manakala selebihnya ditanggung oleh individu yang bertanggungjawab melakukan aktiviti antropogenik seperti pembersihan hutan, pembinaan, pertanian dan menukar keadaan hutan sebagai kawasan binaan,” katanya.

Beliau berkata, manusia boleh dipersalahkan kerana berlakunya perubahan iklim apabila mereka adalah penyebabnya.

“Kita harus cermin diri dan salahkan diri sendiri, bukannya alam semulajadi, cuaca atau tuhan,” katanya kepada FMT.

Sebelum kawasan-kawasan berkenaan dilanda banjir, hujan lebat lebih enam jam pada tengah hari Rabu lalu.

Menurut Jabatan Meteorologi, taburan hujan pada paras 278mm berlaku di kawasan pergunungan itu yang melebihi purata selang 70 tahun pengulangan.

Rabu lalu, hujan lebat di puncak Gunung Jerai menyebabkan limpahan besar air yang mengalir ke beberapa kawasan di kaki gunung tersebut.

Kawasan di sekitar Merbok dan Gurun ditenggelami air setinggi 0.2m hingga 0.3m manakala di daerah Yan pula air setinggi 1.5m yang menyamai tinggi kereta Perodua Myvi menenggelami kawasan itu.

Air yang mula surut pada Khamis lalu meninggalkan kesan lumpur di seluruh kawasan.

Sekurang-kurangnya 3,000 penduduk terputus bekalan air bersih apabila saluran paip rosak teruk dalam kejadian itu.

Ada juga yang terputus bekalan elektrik apabila pokok tumbang menghempap tiang elektrik.

Kerajaan negeri Kedah berkata insiden itu disebabkan oleh fenomena kepala air.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, air yang berlumpur menunjukkan aktiviti pembersihan tanah dilakukan secara berleluasa namun ia dinafikan oleh kerajaan negeri.

Kemungkinan banyak aliran pada bukit berkumpul membentuk sungai yang dipenuhi dengan puing dan batu serta menyekat air seperti empangan kecil.

Air ini tidak dapat mengalir kecuali dilepaskan dalam limpahan besar.”

Menurut SAM, aktiviti pembukaan hutan patut dipersalahkan apabila tanah tidak dapat lagi menahan air hutan, apatah lagi untuk berfungsi untuk menyerap lebihan air.

Katanya, ia juga menyebabkan sungai menjadi cetek dan ini disebabkan tanah daripada kawasan yang dibersihkan telah terkumpul di dasar sungai.

Satu lagi kebimbangan adalah berkaitan aktiviti pembangunan yang berhampiran dengan sungai yang menghalang sungai mengalir ketika berlakunya limpahan besar.

Sungai memerlukan dataran banjir untuk mengeluarkan tenaga. Secara semulajadinya, ia perlu berliku dan bukannya lurus.

Bagaimanapun, apabila manusia melakukan aktiviti pembinaan berhampiran sungai, ia menghalang sungai mengeluarkan tenaga. Ia terkumpul dan limpahan besarnya akan menyebabkan banjir kilat.

SAM mengemukakan beberapa cadangan:

  • Empangan kecil atau lokasi penahan kecil di sepanjang sungai untuk mengalihkan air hujan;
  • Pembersihan empangan semula jadi atau puing yang menjadi halangan dalam sungai;
  • Pengorekan sungai cetek; dan
  • Pemantauan aktiviti pembersihan hutan menerusi satelit atau dron di kawasan bukit.

Pembangunan masa hadapan yang dilakukan di kawasan tanah sekitar Jerai harus membolehkan sekurang-kurangnya 50% air dapat diserap oleh permukaan supaya ia meresap ke dalam tanah. – SM

 

(Visited 616 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button