Nasional

Kompleks Wakaf Dialisis HTF beroperasi Ogos 2020

Kompleks Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dijangka mula beroperasi bermula pertengahan Ogos 2020 yang akan datang ini.

Demikian menurut kenyatakan media yang dikeluarkan oleh MAIPs pada hari ini.

Bangunan berkenaan adalah hasil usahama strategik antara MAIPs dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis melalui HTF dalam penyediaan kemudahan rawatan perubatan kepada masyarakat yang melibatkan instrumen wakaf.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyaksikan penyerahan sijil ‘Perakuan Penyiapan dan Pematuhan CCC (Certifiate of Compliance and Completion)’ bangunan berkenaan daripada MAIPs diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Mohd Nazim Mohd Noor, yang diserahkan kepada Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo pada jumaat petang.

Di peringkat permulaan, sekitar 25 kerusi akan dibuka terlebih dahulu untuk memberi perkhidmatan kepada 74 pesakit rawatan dialisis di HTF sebelum menambah kepada kapasiti 36 kerusi lagi dalam masa terdekat nanti.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr SIrajuddin Hashim dan Timbalan Pengarah HTF, Datuk Dr. Karim Abdullah serta Ar. Tengku Mahmud Tengku Husain, selaku perunding projek.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai keadaan semasa penularan wabak Covid-19, Tuanku Raja Muda mengingatkan seluruh rakyat di negeri ini supaya terus menerus memastikan agar menjaga kebersihan tangan dan menutup mulut serta hidung khususnya ketika batuk dan bersin.

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button