Sukan

Bangkit selepas cedera, Azizul raih pingat perak di Melbourne

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menunjukkan dia masih lagi permata terbaik sukan Malaysia apabila meraih pingat perak acara keirin di Kejohanan Australia Wheel Race di Melbourne semalam.

Ini merupakan kejohanan pertama yang disertainya selepas mengalami kecederaan pada September lalu sehingga terpaksa menarik diri daripada beraksi di Sukan Asia Hangzhou 2023.

Biarpun baru pulih daripada kecederaan, Azizul, 35 tahun berjaya memberikan tentangan sengit kepada pelumba tuan rumah, Thomas Cornish yang menamatkan perlumbaan sebagai juara.

Pingat gangsa milik seorang lagi pelumba harapan negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom, sementara Muhammad Fadhil Zonis berada di tempat kelima.

Dalam acara keirin wanita pula, Nurul Izzah Izzati turut menggembirakan kem Malaysia apabila meraih pingat perak.

Juara milik pelumba tuan rumah, Kristina Clonan sementara Selina Ho meraih pingat gangsa. – SM

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button