Agama

Golongan mualaf perlu jaga keharmonian keluarga – Raja Muda Perlis

Golongan mualaf hendaklah sentiasa mengekalkan keharmonian sesama keluarga dan hubungan bersama kenalan yang disifatkan sebagai jatidiri bagi golongan saudara baharu mualaf.

Berbeza agama bukanlah penghalang untuk sentiasa berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga bahkan agama Islam sentiasa memerintahkan penganutnya untuk sentiasa berbuat demikian.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan ‘Bantuan Mualaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Tahun 1443 Hijrah berjumlah RM86,000 secara simbolik di Arau baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut menambah bahawa bantuan berkenaan disalurkan kepada mereka yang memeluk Islam dalam tempoh 5 tahun, selari dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 6 Ogos 2017 menetapkan bahawa status mualaf sebagai saudara baharu hendaklah ditentukan dalam tempoh lima tahun selepas mereka memeluk Islam.

Dalam pada itu Tuanku Raja Muda mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua bahawa ancaman Covid-19 masih berterusan walaupun pelbagai langkah pencegahan dan usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak bukan sahaja di negara ini, malahan di seluruh dunia. Pakar dan pertubuhan kesihatan juga telah menyatakan bahawa Covid-19 mungkin tidak akan hilang namun telah menjadi endemik seperti selesema dan influenza dalam kehidupan kita.

Memandangkan tiada pilihan lain, amalan norma baru kehidupan dalam suasana Covid-19 yang masih menular ini perlu diperkukuhkan dengan penuh sikap bertanggungjawab dan berdisplin di kalangan setiap anggota masyarakat dan komuniti setempat.

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button