Nasional

FELCRA laksana inisiatif perkukuh keselamatan makanan

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar melalui FELCRA Berhad telah melaksanakan inisiatif untuk memperkembang dan mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan pertanian.

Ia sebahagian inisiatif bagi merealisasikan aspirasi Perdana Menteri untuk memperkukuh keselamatan makanan negara di semua peringkat rantaian makanan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara inisiatif FELCRA termasuk melaksanakan aktiviti penanaman benih padi wangi tempatan (MRQ 76) dengan kapasiti pengeluaran 300 tan metrik setahun.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap di Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA. Foto: UKK KPLB

“Bukan itu sahaja, melalui anak syarikatnya, FELCRA Processing Engineering Sdn. Bhd. telah menjalankan penambahbaikan operasi kilang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Santan Sawit Jenama Suri.

Sebelum ini hanya berkapasiti 30 tan metrik sebulan ke 60 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan domestik.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA di ibu negara semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Jelas Mahdzir, FELCRA turut akan melaksanakan penanaman pelbagai variati padi di Estet Padi Felcra Seberang Perak dengan seluas 3,263.82 hektar. Bagi sektor penternakan pula, FELCRA telah melaksanakan projek ternakan lembu integrasi serta kilang pemprosesan makanan ternakan.

“Projek-projek ini telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2022.

Ini ditambah dengan melaksanakan projek ternakan ayam yang menelan belanja lebih RM59 juta”, kata Mahdzir.

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan sumbangan kepada institusi kebajikan pada majlis tersebut. Foto: UKK KPLB

Pada majlis tersebut Mahdzir turut menyantuni warga Peserta FELCRA dengan penyampaian Replika Cek Sumbangan kepada institusi kebajikan.

Antaranya, Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Surau Jumaat Muhajirin Desa Rejang, Rumah Bakti Al Kausar, Rumah Perlindungan AL-Haq dan Madrasatul Faridiyah Setapak Jaya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Perlindungan Alhaq, Keramat. – SM

Baca artikel ini > 73,000 peserta FELCRA dapat durian runtuh RM136.4 juta

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button