Jenayah

Mayat bayi cukup sifat dibuang dalam tong sampah

Mayat seorang bayi  yang cukup sifat dan masih bertali pusat dibuang di tempat pembuangan sampah di Bandar Tun Razak, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata, mayat bayi perempuan itu ditemukan oleh pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengambil sampah berhampiran kawasan tempat letak kereta bertingkat di Flat Bandar Tun Razak pada 5.50 petang.

Jelas beliau siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada tangkapan setakat ini.

“Mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584.-SM

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button