Hiburan

Fattah Amin wakil tunggal negara dalam senarai 100 lelaki paling kacak di dunia

MAKIN risaulah nampaknya bagi pelakon, Nur Fazura selepas suaminya tersenarai dalam 100 lelaki paling kacak di dunia.

Malah, Fattah Amin juga merupakan satu-satunya wakil negara yang berada di dalam senarai tersebut.

Pemilihan Fattah Amin dibuat selepas mendapat undian tertinggi oleh peminat sebelum dicalonkan TC Candler bersama selebriti-selebriti terkenal dunia yang lain.

TC Candler mula menganjurkan senarai lelaki paling kacak itu sejak 2013 dan antara yang pernah mendapat kedudukan pertama ialah pelakon Hollywood, Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Untuk tahun ini, negara Indonesia mempunyai sebanyak 12 lelaki yang tersenarai dalam 100  lelaki terkacak itu.

Antara selebriti lain yang turut tersenarai ialah bintang K-Pop seperti V BTS, Hyun Bin, Lucas NCT, dan Suho EXO.

Untuk rekod, pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 33, menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia. -SM

(Visited 2,774 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button