Nasional

Papan iklan: Tak cukup turunkan sahaja, perlu denda

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sahaja menurunkan papan iklan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan sebaliknya denda perlu dikenakan terhadap pihak terbabit.

Ketua Penerangan parti itu, Kamaruzaman Mohamad berkata, apabila ada pihak menggunakan bahasa lain sebagai bahasa utama di papan iklan ia menunjukkan berlaku ketidakpatuhan kepada kelulusan yang ditetapkan.

Menurutnya,  kelulusan setiap papan iklan mestilah melalui pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). yang meletakkan syarat kelulusan mestilah bahasa Melayu sebagai bahasa ungkapan utama dan diiringi bahasa lain.

“Tidak mencukupi untuk pihak berkaitan di kawasan pentadbiran DBKL bertindak menurunkan Iklan Paparan Luar yang tidak mematuhi Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 dan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (WPKL) 1990.

“Pas sebaliknya mendesak tindakan penguatkuasaan atau penalti yang termaktub di bawah Akta atau Undang-Undang Kecil ini dikenakan sepenuhnya ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhinya,” kata Kamarulzaman.

Jelas Kamarulzaman tindakan tegas wajar diambil agar generasi akan datang tidak mengambil ringan terhadap situasi tersebut.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan tanpa mengira kaum.

Semalam Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, sebuah papan iklan gergasi yang menggunakan tulisan Cina sebagai tulisan utama telah diturunkan oleh pihak berkuasa.

Papan iklan tersebut yang terletak di sekitar Midvalley di ibu negara hanya mengunakan bahasa kebangsaan sebagai tulisan sampingan.

“Billboard ini telah di turunkan. Semua papan iklan di Wilayah Persekutuan mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa.

“Bahasa lain boleh digunakan tetapi hendaklah lebih kecil dari tulisan dalam bahasa kebangsaan. Tatabahasa hendaklah seperti diluluskan DBP. PBT meluluskan permit tempat mengikut syarat syarat tertentu,” jelas Annuar.

Sebelum itu kewujudan papan tanda tersebut menjadi tular di media sosial.
Warganet mempersoalkan bagaimana papan iklan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan boleh diberikan permit oleh pihak berkuasa.-SM

 

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button