Nasional

Angkara dadah, lelaki sanggup pukul ibu

ANGKARA dadah, seorang lelaki sanggup merakam video dia memukul ibunya sendiri sehingga ibunya terpaksa keluar dari rumah.

Rakaman tersebut tular di laman sosial dan lelaki tersebut telah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mayang, Kelana Jaya, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek berusia lingkungan 40 tahun.

BACA> SPRM tidak buka siasatan kes lama kerajaan terdahulu, kecuali…

“Dalam serbuan tersebut, kita telah merampas peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

“Ujian saringan air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Pemergian ADUN Slim: PM ucap takziah, Najib anggap kehilangan besar UMNO

Menurut Ezanee, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod sakit mental.

Tambahnya, suspek telah ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Knun Keseksaan, 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button