Politik

Onn Hafiz dilantik Menteri Besar Johor yang baharu

Onn Hafiz cucu pengasas UMNO dan sepupu Menteri Pertahanan

DATUK Onn Hafiz Ghazi sepupu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Husswein dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu hari ini.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berusia 44 tahun sebagai MB Johor yang ke-19 itu sekaligus mengenepikan desas-desus yang bertebaran mengatakan Datuk Hasni Mohamad yang mendapat 38 akaun berkanun (SD) daripada ADUN Barisan Nasional (BN) sebagai MB Johor, tidak menjadi kenyataan.

DATUK ONN HAFIZ

Pelantikan Onn juga mengenepikan nama Datuk Mohd Puad Zarkashi  sebagai MB Johor.

Onn Hafiz merupakan pemimpin muda dan berpengalaman sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika pendtadbiran Hasni sejak Mac 2020.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu (12 Mac) bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan antara calon muda BN yang menang.

Terdahulu hari ini, telah ada khabar-khabar angin mengatakan Onn Hafiz masuk melalui pintu belakang Istana Bukit Serene petang ini untuk bertemu dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Turut dilaporkan, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Serne pada pukul 2.45 petang tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar diadakan di Istana Bukit Serene. – SM

(Visited 533 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button