Politik

Mana-Mana NGO Yang Tak Percaya Parti Politik Sedia Ada, Boleh Percaya ‘Pejuang’

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.

“Kita akan bekerjasama kerana mereka juga berhak mengundi, sebenarnya kalau UMNO pun kalau bergantung kepada ahli UMNO sahaja, mereka tak boleh menang. UMNO menang kerana orang ramai sokong. Kita pun macam itu juga, kita nak beritahu pada orang ramai apa dia Pejuang.

“Kalau mereka, mempunyai pendirian yang sama dengan Pejuang, kita boleh kerjasama dengan mereka. Pertamanya. kita nak hapuskan budaya rasuah ini, kebanyakan daripada mereka macam di Johor baru-baru ini, kita cuba nak tarik sokongan kepada Pejuang, mereka tanya, berapa Pejuang nak bagi. Ini kerana parti lain konon bagi RM200 pada pengundi. Kita tak bagi duit, kita kalau berjuang nak dapat sokongan bukan kerana duit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pemukiman Pejuang Negeri Melaka di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut ujarnya, beliau mengakui parti itu tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun katanya, ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal kerjasama dengan mana-mana parti politik, sebaliknya agenda utama parti ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar parti selain tumpuan kepada masalah yang dihadapi masyarakat Melayu khususnya ketika ini.

Katanya, ini kerana masyarakat juga kecewa dengan kelakuan sesetengah ahli politik yang jelas tidak lagi berjuang untuk bangsa, sebaliknya merebut jawatan tertinggi di dalam parti mahupun kerajaan.

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button