BeritaPendidikanpilihan

Fasa 1: 626 sekolah terima 249,646 lokar, hasrat atasi masalah beg berat dilaksanakan!

Bagi mengatasi masalah beg pelajar berat, Kementerian Pendidikan telah mengagihkan 249,646 lokar kepada 626 sekolah seluruh Malaysia menerusi fasa satu.

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, fasa satu melibatkan pembekalan kepada murid Tahap Satu di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

“Manakala bagi fasa dua yang melibatkan pembekalan kepada murid Tahap Dua di sekolah yang juga beroperasi dua sesi dijadualkan akan bermula 2023,” katanya.

Radzi berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyerahan lokar di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan mengemukakan tujuh pendekatan yang akan diambil bagi mengatasi masalah beg berat secara komprehensif.

Selain menyediakan lokar, Kementerian Pendidikan antaranya akan memperhalusi penyusunan semula jadual waktu misalnya bagi keringanan semua pihak.

“Dalam penyusunan jadual yang dibuat, ia mungkin akan melibatkan tiga hingga empat matapelajaran sehari mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai.

“Bagi buku latihan pula, seharusnya tidak melebihi dua buku dalam satu masa dengan ketebalan kurang daripada 80 muka surat,” katanya.

Selain itu, Kementerian Pendidikan turut memperhalusi keperluan buku aktiviti dan buku kerja, buku teks digital, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menjalinkan kerjasama dengan Jakim.

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button