
Farrah Salleh meletop lagi dakwa Shuk Sahar buat peragai lagi
DRAMA rumah tangga antara Fara Salleh dan suaminya, pelawak Shuk Sahar, kembali hangat apabila Fara secara terbuka meluahkan ketidakpuasan hatinya di Instagram Story. Kapsyen berbisa yang dimuat naik itu seakan-akan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini berada di ambang kehancuran!
Tinggal Isteri Sakit?
Dalam hantaran penuh emosi, Fara mendakwa Shuk langsung tidak menjenguknya ketika dia dimasukkan ke hospital akibat pendarahan rahim. Lebih mengejutkan, Fara juga menyelar sikap suaminya yang seolah-olah hilang tanpa jejak ketika dia memerlukan sokongan.
“Saja nak tanya, seronok tak lepak sampai tak nampak batang hidung selama aku masuk wad ni? Tahu tak anak ni okay ke tak? Tahu tak doktor cakap apa?” luahnya dengan penuh amarah.
Lebih mengejutkan, Fara mendakwa Shuk tidak peduli langsung akan risiko yang terpaksa ditanggungnya ketika membawa kandungan mereka.
“Kau tahu tak anak kau ni bila makin membesar, makin jantung aku tak stabil?” tambahnya lagi.
‘Kawan’ Punca Pendarahan?
Bukan hanya Shuk yang menjadi sasaran kemarahan Fara, malah dia turut menyalahkan salah seorang rakan suaminya sebagai punca pendarahan yang dialaminya.
“Korang tahu tak kenapa aku sampai dapat pendarahan dalam rahim? Pergi tanya ahli baru korang yang sibuk ‘planning’ nak naikkan nama lepak bapak tu apa jadi sehari sebelum dia jumpa korang di KL sampai aku pendarahan?” dedahnya penuh sindiran.
Dihina di Perancis?
Lebih tragis, Fara turut mendedahkan bahawa Shuk pernah menghina kandungannya sewaktu mereka bercuti di Perancis!
“Masa di Perancis hari itu, kau hina cakap aku mengandung anak haram dan panggil aku jalang!”
Rentetan daripada konflik yang semakin meruncing, Fara juga memberi bayangan bahawa dia sudah bersedia untuk hidup tanpa suami dan mencari rezekinya sendiri.
“Insya-Allah aku boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti. Aku tak takut hilang kau, mohon beri kerjasama di mahkamah nanti.”
Sejarah Gelap Rumah Tangga
Sebagai rekod, rumah tangga Shuk dan Fara mula menjadi perhatian sejak tahun lalu apabila Fara mengaku memfailkan perceraian kerana tidak tahan dengan perangai suaminya.
Pasangan ini berkahwin pada November 2023, selepas Shuk menceraikan isteri pertamanya, Rossa Sera, pada Mac 2023. Hasil perkahwinan pertama, Shuk dan Rossa dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9 dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Adakah Fara dan Shuk bakal berpisah atau masih ada sinar harapan untuk hubungan mereka? Sama-sama kita nantikan babak seterusnya dalam kisah panas ini!