Hiburan

Farouk Hussain bengang dengan ciapan Azmin Ali

SEMALAM, ramai rakyat yang menanti pengumuman sama ada pengisytiharan daruran akan dilakukan Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

Keputusannya, Agong menyatakan bahawa tiada keperluan terhadap pelaksanaan perintah tersebut kerana mendakwa kerajaan berjaya menangani Covid-19 dengan berkesan.

Pengumuman itu menyaksikan beberapa menteri dan ahli-ahli politik memberi kenyataan dan satu daripadanya ialah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali.

Namun, pelakon, Farouk Hussain nyata tidak berpuas hati dengan apa yang telah diciap oleh Azmin menerusi akaun Twitter miliknya.

“Plan pertama dah gagal, sekarang ada plan kedua pulak? Harap pihak berwajib sampaikan perkara ini kepada YDP Agong.

“Ini menandakan bahawa orang-orang politik ini mempunyai agenda atau muslihat untuk kepentingan sendiri.

 

“Mereka ingin melakukan sesuatu yg boleh menggugat ketenteraman dan kesejahteraan negara,” katanya.

Menurut Farouk lagi, mereka (ahli politik) tidak menghormati keputusan Agong dan Majlis Raja-Raja dan sikap itu seolah-olah mendurhaka kepada kedua-duanya. -SM

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button