fbpx
Hiburan

Farid Kamil kena jalani hukuman penjara 9 bulan, rayuan ditolak

PERNAH menjalani hukuman penjara selama 35 hari pada 15 Mei lalu, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sekali akan kembali merengkok dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuannya.

Dengan penolakan itu, hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei lalu atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu kekal.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu dan menolak rayuan tertuduh.

Farid Kamil yang datang menunggang motosikal sendirian tanpa ahli keluarga kelihatan tenang sepanjang prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

Pada Mei lalu, Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.


Bagaimanapun, pelakon dan pengarah itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, sementara menunggu permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button