HiburanUncategorized

Wawa Zainal terkilan ramai pelakon tolak tawaran untuk filem terbaharunya

PELAKON dan usahawan, Wawa Zainal mendedahkan yang ramai pelakon wanita menolak tawaran lakonan untuk filem pertamanya sehingga dia terpaksa mengambil masa lama untuk memilih pelakon lain.

Menurut Wawa, dia beranggapan ramai yang enggan menerima tawaran berlakon dalam filem Sabda Kekasih kerana syarikat produksi miliknya dan suami yang juga pelakon, Aeril Zafrel, masih baru dalam industri seni.

“Syarikat saya dan Aeril iaitu Respected Citizen Production Sdn Bhd memang masih lagi baru dan filem Sabda Kekasih adalah produk sulung kami.

“Mungkin disebabkan itu ramai yang masih was-was dengan kemampuan kami. Rasanya bukan disebabkan oleh bayaran,” katanya.

Jelas Wawa lagi, dia bersyukur kerana berjaya menemukan Sharifah Husna yang berjaya membawakan watak tersebut dengan baik dalam filem itu.

Ujarnya, Sharifah Husna ditemukan oleh Aeril menerusi media sosial sebelum dipanggil untuk sesi ‘casting’ dan ditawarkan berlakon.

“Aeril yang nampak dia di Instagram dan kemudian, kita nampak memang Sharifah Husna boleh membawakan watak tersebut dengan baik sekali,” katanya.

Selain Sharifah Husna, filem Sabda Kekasih kata Wawa turut dibintangi oleh dua lagi pelakon hebat iaitu Fauziah Nawi dan Sabri Yunos.

Pelakon popular Wawa Zainal tidak menyembunyikan perasaan terkilannya apabila terdapat beberapa pelakon wanita popular menolak untuk berlakon filem Sabda Kekasih di bawah syarikat produksi miliknya dan suami iaitu Respected Citizen Production Sdn. Bhd.

Wawa berkata, antara punca utama tawaran tersebut ditolak adalah mereka tidak yakin dengan syarikat produksi baharu.

“Bukan disebabkan jumlah bayaran, tetapi mereka tidak begitu yakin dengan syarikat produksi baharu seperti kami.

“Mungkin juga alasan disebabkan berlakon di samping Wawa Zainal dan perlu membawakan watak kedua. Apapun kami bersyukur kerana mendapatkan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya iaitu Sharifah Husna,” ujarnya.

Mengenai pemilihan pelakon pula, Aeril bertindak mencari pelakon lain menerusi Instagram setelah beberapa pelakon lain menolak tawaran yang diberikan.

“Apabila Aeril tunjuk Instagram Husna, saya terus bersetuju untuk panggilnya casting. Ternyata pilihan yang kami buat memang tepat dan dia menampilkan lakonan yang memberangsangkan.

“Selain itu, kami juga bertuah kerana mendapat khidmat dua orang pelakon hebat seperti Fauziah Nawi dan Sabri Yunos,” ujarnya.

Sabda Kekasih memaparkan kisah cinta penuh romantik mengenai seorang pemuzik jalanan, Bukhari (Aeril Zafrel) yang mengubah kejahilan dirinya kerana cintakan seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).

Bagaimanapun, ketika hari pertunangan mereka Bukhari tidak hadir dan bermulalah kesengsaraan Kasih yang masih menantikan kekasihnya itu.

Filem Sabda Kekasih merupakan filem sulung terbitan syarikatnya akan ditayangkan dan boleh dilanggan di saluran Astro First 480 mulai 24 Jun ini.

Filem romantik Islamik itu menampilkan penulis skrip Abban Namus serta lagu tema Sabda Kekasih nyanyian Daqmie ‘feat’ Alfa, Rumie Booty. -SM

(Visited 873 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button