Nasional

Faktor keselamatan penyumbang utama kejayaan industri pelancongan Malaysia

YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, semalam mengadakan lawatan Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jelas beliau, lawatan tersebut bertujuan untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar dan selamat dengan kawalan Keselamatan, trafik dan inisiatif bantuan awal yang terkini dan sistematik.

Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) telah diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia sentiasa memastikan ‘Heart of Malaysia’ itu selamat untuk dilawati oleh warga bandaraya dan juga pelancong dari negara luar.

“MOTAC menyasarkan ketibaan seramai 15.6 juta pelancong yang akan menyaksikan unjuran sebanyak RM47.6 bilion dalam perbelanjaan pelancongan,” katanya dalam lawatan semalam.

Tambah beliau, Sekuriti dan Keselamatan Awam merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan di Malaysia.

“Saya menyambut baik inisiatif pemasangan 5,000 CCTV pintar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan keselamatan awam sebagai sebahagian daripada transformasi DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar.

“Diharapkan pemasangan CCTV ini dapat ditambah dari semasa ke semasa supaya pemantauan keselamatan ini dapat dipertingkatkan.

“Saya juga amat tertarik dengan sistem pengawasan video pintar yang disediakan di bilik kawalan. Sistem ini disepadukan dengan teknologi kecerdasan buatan (artificial Intelligence) dan analitik kandungan video, yang sudah pastinya dapat meningkatkan kawalan keselamatan orang ramai di bandaraya ini,” tambah beliau.

Turut hadir Encik Norazman Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Pegawai kanan MOTAC.

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button