Politik

Fakta Dan Auta Rayuan Kes Najib

1. Ada beberapa Fakta yang amat jelas mengenai Kes Rayuan ini iaitu ;

(i). Najib Razak pecat peguam sendiri, Tan Sri Shafee Abdullah.

(ii). Najib lantik barisan Peguam baru.

(iii). Peguam baru dilantik diminit-minit terakhir, katanya tak sempat hendak siapkan rayuan.

Mereka pecat diri mereka sendiri.

Mahkamah Persekutuan tidak benarkan.

(iv). Hakim memberi kata dua kepada peguam Najib, sekiranya mahu terlibat dalam kes ini, silakan.

Tetapi sekiranya tidak mahu terlibat, it’s your choice.

(v). Perlu diperingatkan disini bahawa *Hujah Rayuan Bertulis* telah di filekan terlebih dahulu kpd. Mahkamah Persekutuan.

Oleh yang demikian, tidak timbul isu, *tiada peluang untuk merayu.*

Cuma sekiranya peguam Najib mengambil ketetapan untuk berdiam diri, maka tiada lah peluang untuk berhujah.

(vi). Peguam Najib cuba untuk memasukkan hujah bertulis yang baru, dengan syarat diberi masa untuk sediakan. Bermakna, tangguh kes ini beberapa bulan.

Mahkamah Persekutuan tidak layan dan tidak benarkan.

(vii). Kes SRC International ini, melibatkan Duit Orang Pencen (KWAP).

RM4 billion ringgit. Banyak tu, bukannya sedikit.

Iaitu duit Rakyat.

Bila SRC pinjam dan tidak boleh bayar.

Kerajaan Malaysia yang bayarkan kepada KWAP kerana perjanjian Gurantee kpd. KWAP.

Bermakna, ini melibatkan Duit Rakyat.

Ini Isu Rakyat.

Ini kepentingan Rakyat.

(viii). Jangan ingat ini hanyalah isu *Hak Asasi Najib Terancam.*

Jangan ingat ini *ISU TIADA KEADILAN* kepada Najib.

Jangan ingat ini *ISU NAJIB DESPRATE.*

(viiii). Ini *ISU KEPENTINGAN NEGARA.*

*INI ISU DUIT RAKYAT.*

*INI ISU DUIT ORANG PENCEN.*

*INI ISU KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DI NEGARA MALAYSIA.*

*INI ISU KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA.*

(x). Jangan cuba buli dan kelabukan mata rakyat dengan pelbagai helah untuk menangguhkan kes SRC ini.

Sudah-sudahlah, hadapi dengan jiwa yang tenang.

Kesilapan sudah dibuat. Mohon keampunan.

Be A Better Citizen of this Country.

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button