Mahkamah

Fail Merah sebabkan saksi ke-87 ‘diasak’ Ketua Peguam Ahmad Zahid

Kes bicara Ahmad Zahid

SAKSI pendakwa yang ke-87 prosiding sambung bicara kes membabitkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, iaitu rakan kongsi dalam Tetuan Lewis & Co, Muralidharan A/L Balan Pillai tidak mahu mengaku sebagai pemegang amanah atau stakeholder Yayasan Akal Budi.

Walaupun cuba mengelak daripada menjawab soalan dalam pemeriksaan balas oleh Ketua Peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, Muralidharan (Murali) mengakui Lewis&Co menerima kemasukan 92 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun Lewis&Co selama tempoh dua tahun daripada tertuduh.

Kesemua transaksi, akui Murali ada disimpan dalam bentuk lejer dan resit di dalam fail merah iaitu fail yang tertera di bawah nama tertuduh (Zahid Hamidi).

Satu lagi fail yang dibuka oleh Lewis&Co dan disimpan dalam fail merah yang sama ialah fail Yayasan Al-Falah yang menurut Murali, adalah klien mereka.

Murali bersetuju dengan Penguam Hisyam, dengan adanya penyimpanan dokumentasi dan lejer di dalam fail merah, pemilik cek-cek yang berkenaan boleh dikenal pasti dengan mudah.

Murali turut memberitahu mahkamah yang bersidang di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa fail-fail diaudit secara dalaman oleh juruaudit Raki Thomas.

“Semua transaksi dibuat adalah transaksi terbuka dan telus. Ya, diaudit oleh juruaudit dalaman dan luar,” kata Murali.

Murali juga berkata, dengan adanya Letter of Undertaking atau Surat Akujanji, tiada apa-apa yang mencurigakan berhubung dengan pemilikan wang dan tiada apa apa kesalahan dari segi undang-undang atau kecurigaan Bank Negara.

“Setuju dengan saya, wang-wang yang diterima tiada menyalahi undang-undang atau aktiviti penggubahan wang haram,” kata Hisyam.

“Tidak ada,” jawab Murali.

Dalam pemeriksaan balas juga, Murali mengakui dia tidak dapat membuktikan Ahmad Zahid yang mengarahkan pembukaan fail untuk merekodkan transaksi Yayasan Al-Falah.

Ini kerana di dalam fail merah tersebut, tiada surat atau dokumen arahan daripada Ahmad Zahid supaya kemasukan cek-cek yang ditunaikan kedalam akaun Simpanan Tetap (FD).

Saksi agak ‘melenting’ apabila dia diminta untuk mengemukakan surat daripada adik tertuduh, Datuk Seri Ahmad Nasaie bahawa Ahmad Nasaie tahu tentang ‘arahan’ abangnya agar cek-cek yang ditunaikan, masuk ke dalam Simpanan Tetap dan ‘dipegang’ (hold) untuk seketika.

Murali juga agak tidak senang apabila Ketua Peguam bertanya, jika Datuk Seri Ahmad Zahid bukan pemegang klien, mengapa terima arahan daripada seorang lelaki asing yang juga bukan pemegang amanah Yayasan Al-Falah.

“Saya tidak setuju dengan cadangan soalan ini,” kata Murali.

“Jika begitu, ‘seorang orang asing’ tidak ada kapasiti untuk memberi arahan kepada anda dan itu tidak ada dicatat dalam fail merah,” kata Hisyam.

Di sini, saksi menjawab, “Saya tidak tahu nak jawap macam mana. Saya tidak setuju Datuk Seri ialah seorang orang asing (stranger),” kata Murali.

Kata Hisyam lagi kepada saksi, dari tahun 2016 sehingga 2018, cek-cek diterima oleh firma saksi dan dalam tempoh dua tahun itu, saksi menerima arahan daripada ‘seorang orang asing’.

Murali juga mengaku di mahkamah setelah disoal oleh Ketua Peguam bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa resit kemasukan cek-cek yang berjumlah kira-kira RM77 juta dalam tempoh dua tahun.

Saksi ini memberitahu mahkamah hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid pernah menyebut (memberitahunya) Yayasan Akal Budi ialah sebuah yayasan kebajikan yang berkaitan dengan keagamaan dan melakukan kerja amal.

Kes perbicaraan Ahmad Zahid akan bersambung pada 24 Ogos. –  SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button