Politik

Anwar nafi salah laku seksual

DATUK SERI Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan cucu kepada pemimpin Persatuan Pengguna Pulau Pinang Allahyarham SM Idris, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa beliau telah melakukan ‘salah laku seksual’ terhadapnya.

Malah menurut Anwar tuduhan oleh Muhammed Yusoff bekas penulis ucapan dan penyelidiknya itu adalah ‘fitnah tidak berasas’, dan dilakukan sebagai muslihat untuk menjatuhkan dirinya.

Semalam Muhammad Yusoff mendedahkan dakwaan yang dikongsi pada satu sidang media yang dianjurkannya bahawa berlaku salah laku seksual yang didakwa dilakukan bakal Perdana Menteri ke 8 itu terhadap dirinya di rumah pemimpin itu di Segambut pada Oktober lepas melalui akuan bersumpahnya bertarikh 19 Nov.

Malah kata Anwar akuan bersumpah yang dibuat oleh Muhammed Yusoff itu yang turut tular di platform media sosial yang dilakukan menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara dilihat sengaja dilakukan untuk memburukkan imejnya.

Menurut Anwar lagi ketika kejadian yang didakwa berlaku beliau sedang giat menjalankan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Malah beliau turut menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kemudian kembali semula ke Port Dickson untuk berkempen sempena PRK.

Tambah Anwar yang juga Presiden PKR, bapa saudara Muhammaed Yusoff, Mohideen Abdul Kader turut mengutuk tindakan anak buahnya yang juga kenalan rapat keluarga mereka.

Berikutan akuan bersumpah oleh Muhammed Yusoff itu satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulitnya Shukri Saad, manakala peguamnya Ramkarpal Singh akan mengutuskan surat tuntutan. SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button