Media massa

MP PKR kesal tekanan terhadap Al Jazeera, media

AHLI Parlimen PKR Fahmi Fadzil kesal terhadap tindakan yang memberikan tekanan kepada warga media termasuk agensi berita asing Al Jazeera.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu,  media perlu memainkan peranan untuk melaporkan berita dengan bebas selagi ia tidak menerbitkan berita palsu dan tidak sahih.

“Saya kesal dengan tindakan memberi tekanan kepada warga media termasuk yang terkini melibatkan Aljazeera. ‬

“Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja Kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran, media yang beretika, tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan Kerajaan dan media,” kata Fahmi.

Fahmi yang juga jurucakap PKR bagi komunikasi, seni dan budaya‬ menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk bertindak segera meyakinkan pengamal media bahawa Kerajaan Perikatan Nasional bukan anti media dan anti kekebasan bersuara.

Beliau turut menggesa kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan majlis media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ kerajaan.‬

“YB Menteri ‪perlu segera bertemu dengan Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan media.

“Kegagalan atau keengganan bertemu Jawatankuada tersebut bermaksud beliau dan Kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media.,” kata Fahmi.

‪Menurut beliau, pada April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020.

“Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media di bawah PN jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.‬

‪”Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. ‬ Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung.,” kata Fahmi.

Laporan dokumentari Al Jazera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’  mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menuduh negara ini melayan pelarian asing tanpa izin secara zalim ketika pe nguatkuasaan Printah Kawalan Pergerakan.

‪Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Ismail Sabri Yaakob mencabar stesyen televisyen asing itu agar menamakan negara yang melayan pendatang asing tanpa izin dengan baik.

“Tuduhan kita mengurung pendatang asing tanpa izin (PATI) juga tidak benar kerana Maahad Tahfiz, perkampungan di Hulu Langat juga dikenakan perintah berkurung.

“Kita boleh tanya Al Jazeera ini, berikan kita mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak ada dokumen.

“Jawapannya tidak ada kerana semua negara ada akta yang hampir sama dan semua warga asing yang masuk kena ada dokumen yang sah.

“Saya cabar Al Jazeera tunjukkan mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada mereka yang tidak ada dokumen,” katanya dalam sidang media PKPP di Putrajaya semalam.

Ismail Sabri berkata, laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat itu juga tidak tepat sama sekali, serta terpesong daripada keadaan sebenar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion.-SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button