Nasional

Kalau betul Sanusi tak bersalah, kenapa Pas menghadap Sultan, soal Anwar

GOMBAK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, beliau mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menghadap Sultan dan memohon maaf walaupun terdahulu menafikan Menteri Besar Kedah itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Orang tuduh Anwar zalim kerana hadapkan seseorang ke mahkamah. Kes apa? Kes hina Raja. Siapa buat laporan? Dewan Diraja Selangor, bukan saya buat laporan. Kamu marahlah Dewan Diraja Selangor.

“Kenapa Dewan Diraja Selangor boleh buat laporan? Sebab dapat persetujuan, perkenan Sultan Selangor.

“Kalau betul tak salah kenapa Pesuruhjaya Pas Selangor pergi menghadap Sultan Selangor minta ampun? Kemudian, apa kata Tuanku? Tak selesai… besok polis dakwa.

“Raja ini mengatasi politik. Raja ini payung negara. Ini semua sebab (Pas) baik dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamed), belajar dari Tun Mahathir, kemudian kena dakwalah,” katanya ketika berucap pada program ‘Kita Hulu Kelang Bersama PMX’ di sini, semalam.

Anwar bagaimanapun memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai penahanan Muhammad Sanusi.

“Tetapi itu isu soal polis, pendakwa dan hakim, saya tak campur, boleh tanya Ketua Polis Negara,” ujarnya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi, 48 tahun, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button