Nasional

eMADANI: 6.5 juta permohonan lulus, RM650 juta telah dikreditkan

Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan yang mengambil masa satu hingga lima hari dari tarikh permohonan.
“Begitu ramai yang memohon sepanjang tiga hari ini walaupun kita membuka hingga 20 Februari 2024 dan boleh digunakan hingga 29 Februari depan.
“Bagaimanapun, mereka yang rasa layak tetapi permohonan gagal boleh membuat rayuan untuk permohonan semula,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perbelanjaan menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya di Putrajaya hari ini.
Beliau juga menjelaskan permohonan dalam semua aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet lain akan ditolak jika gagal pada permohonan pertama.
Beliau berkata mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui beberapa platform termasuk menghantar e-mel menerusi [email protected] atau menghubung talian 03-88824565 dan 1800882747. – SM
(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button