Luar Negarapilihan

6 negara disenarai hitam, tidak dibenarkan hadir meratap Ratu Elizabeth II

Sebanyak enam negara disenarai hitam dan tidak dibenarkan hadir untuk meratapi Ratu Elizabeth II bagi penghormatan terakhir atau menyaksikan istiadat pemakaman negara.

Antara negara-negara yang tidak diundang bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK adalah seperti:

1. Rusia – Negara tersebut dikenakan penalti dari kerajaan UK gara-gara krisis peperangan dengan negara Ukraine.

2. Belarus – Negara ini yang menjadi sekutu utama Rusia, jadi tidak hairan negara ini tidak dijemput.

3. Mynmar – Oleh kerana situasi politik negara tersebut yang tidak stabil, menjadikan salah satu alasan negara tersebut tidak diundang.

Selain tiga negara di atas, Venezuela, Syria dan Afganistan juga tidak diundang kerana faktor politik, peperangan dan krisis pergolakan negara yang masih tidak stabil.

Dalam masa sama, Kerajaan UK mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mengundang negara berkenaan kerana mengambil kira faktor keselamatan negara berkenaan.

Istiadat pemakaman negara tersebut akan menjadi sejarah kerana ia akan dihadiri oleh puluhan wakil ketua negara daripada pelbagai rantau.

Dalam masa sama, kebersamaan itu menunjukkan kemakmuran dua hala serta hubungan diplomatik yang baik Kerajaan UK dengan kebanyakan negara secara amnya.

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button