Nasional

Facebook tunduk kepada tekanan undang-undang Singapura

FACEBOOK telah menyiarkan notis pemberitahuan di bawah hantaran penggunanya ekoran permintaan daripada kerajaan Singapura – kali pertama gergasi teknologi itu mematuhi undang-undang negara itu bagi membendung maklumat palsu.

Pihak berkuasa telah mengarahkan gergasi media itu untuk membetulkan hantaran yang mempromosikan artikel dari satu laman berita yang didakwa mengandungi tuduhan menakutkan mengenai penipuan dalam pilihan raya. Ini dikatakan penggunaan undang-undang  terhadap penyalahguaan maklumat.

Undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri untuk memberitahu platform media sosial meletakkan amaran pada hantaran yang mereka rasakan palsu, yang mana pada aktivis khuatir ini merupakan satu cara untuk menghalang kebebasan bersuara.

Hantaran oleh Alex Tan – yang mengendalikan laman web anti-kerajaan States Times Review — mempunyai notis pembetulan diletakkan di bawahnya selepas diminta oleh kerajaan, Facebook mengesahkan.

Pada Khamis lalu, pihak berkuasa mengarahkan Tan untuk meletakkan pembetulan di sebelah artikelnya pada 24 November mengenai pilihan raya.

Tetapi Tan – yang berpangkalan di luar negara – enggan berbuat demikian, mengatakan dia merupakan rakyat Australia dan tidak akan mematuhi arahan kerajaan asing.

Pihak berkuasa Singapura kemudiannya mengarahkan Facebook meletakkan notis pembetulan pada artikel tersebut, dan mereka mematuhinya.

Ekoran itu, hantaran tersebut disertai dengan satu notis di bawahnya yang berbunyi: “Facebook diminta secara sah untuk memberitahu kamu bahawa kerajaan Singapura mengatakan hantaran ini memiliki maklumat palsu.”

Ia juga disertakan dengan pautan ke laman web kerajaan.

“Seperti dikehendaki oleh undang-undang Singapura, Facebook meletakkan notis pada hantaran ini, yang mana diputuskan oleh kerajaan Singapura memiliki maklumat palsu,” kata jurucakap Facebook pada Sabtu.

Sebagai tindakan balas, Tan telah memuat naik atrikel yang sama ke Twitter, Google dan Linkedin dan menyeru kerajaan Singapura supaya melakukan tindakan yang sama seperti di Facebook.

Singapura menggunakan undang-undang tersebut buat kali pertama pada Isnin, dengan mengarahkan anggota parti pembangkang, Brad Bowyer untuk membetulkan hantaran di Facebook yang pihak berkuasa mendakwa boleh menjejaskan reputasi.

Bowyer – warga negara naturalisasi berasal dari Britain – mematuhi arahan itu.

Facebook merupakan palabur utama di Singapura dengan pada tahun lalu mengumumkan untuk membina pusat data AS$1 bilion di negara pulau itu di mana terletak ibu pejabatnya di Asia. – Yahoo

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button