fbpx
Politik

Ezam serah borang mohon kembali ke pangkuan PKR

BEKAS Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor mahu kembali ke pangkal jalan dengan menyertai semua PKR.

Menurutnya, keputusan untuk kembali bersama parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu atas galakan daripada rakan-rakan kepimpinan dalam PKR.

Beliau yang mengumumkan perkara itu ketika berucap menyempurnakan Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Taman Tanjung Rambutan berkata, borang permohonan telahpun diberikan pada awal Ramadan lalu.

“Komitmen saya adalah untuk memadamkan serangan-serangan kecil mengganggu perjalanan PKR dan saya memilih untuk kembali ke Petaling Jaya kerana di situlah bermula sumpah keramat parti iaitu di Taman Medan.

“Saya harap ia akan memberikan kesan kepada teman-teman di Selangor untuk kembali bangkit,” katanya.


Jelas beliau, Anwar telah maklum mengenai niatnya untuk menyertai semua PKR.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button