Nasional

Exco Pemuda UMNO buat laporan polis diserang di KKIA

https://youtu.be/16GjgG066ts

EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membuat laporan polis berhubung dia insiden diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Laporan polis di buat di Balai Polis Setapak di ibu negara awal pagi ini.

Wan Muhammad Azri mendakwa beliau turut dipukul dan berharap pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden yang disifatkan sebagai perbuatan samseng itu.

“Harap pihak polis tidak abaikan laporan yang saya buat ini walau siapa pun mereka itu tadi yang bertindak ganas menyerang saya.

“Semoga rakyat membuka mata siapa samseng budaya baru Malaysia baru! Tiada lagi jaminan keselamatan di airport,” kata Wan Muhammad Azri.

Menurut saksi, jurugambar FMT Mohamed Rabbani Jamian yang berada di tempat kejadian, kira-kira 20 lelaki menghampiri Papagomo dan beberapa pengikut beliau yang memakai seragam biru BN sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka.

Mohamed Rabbani berkata, ketika itu Wan Muhammad Azri bersama kira-kira 10 kawannya ketika itu berada di kaunter masuk Malindo Air.

“Kedua-dua kumpulan itu saling mengeluarkan kata-kata kesat dan seorang dilihat menunjuk ke arah Papagomo dan memanggilnya ‘anjing kurap’,”  kata Mohamed Rabbani seperti yang dilaporkan FMT.

Klip video Wan Muhammad Azri diserang kumpulan terbabit turut tular di media sosial.

Kumpulan berkenaan dikatakan berang kerana Wan Muhammad Azri mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dalam demonstrasi membantah Pas Sementara Sabah (PSS) di Kimanis baru-baru ini.

Beliau berada di Sabah bagi membantu calon BN, Mohamad Alamin dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

Wan Muhammad Azri  sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beuford  kerana menerima ugutan dibakar hidup-hidup oleh seorang pengguna Fcaebook Raymond Well Sabah juga kerana isu beliau mengoyakkan gambar Shafie.

Dalam hantarnya, Raymond Well Sabah mendakwa Wan Muhammad Azri telah membawa budaya samseng dari Malaya (Semenanjung Malaysia) ke Sabah.

“Bunuh dan bakar hidup hidup. Sudahlah masuk negara orang nak tunjuk pula belangnya di tempat orang. Budaya samseng dari Malaya telah silap dalam percaturan undang-undang negara.

“Jangan kasi lama. Pastikan budak ini mayatnya selamat sampai dihantar ke pangkuan keluarhanya. Salahkah jika ia dibunuh kerana sikapnya tidak menghormati perpaduan di bumi Sabah?” tulis Raymond Well Sabah.-SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button