Bola SepakSukan

Everton ikat Liverpool walaupun bermain 10 orang

WALAUPUN bermain hanya dengan 10 orang pada akhir perlawanan Everton berjaya mengikat Liverpool untuk berkongsi satu mata apabila kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.

Namun, Liverpool seakan-akan berjaya membawa pulang tiga mata penuh apabila Jordan Henderson menjaringkan gol pada masa tambahan, tetapi tidak di kira kerana Sadio Mane berada pada posisi offside ketika melakukan hantaran.

Penentuan melalui VAR itu mengecewakan jurulatih Liverpool Jurgen Kloop.

Pada separuh masa pertama Mane memastikan Liverpool di depan dengan gol seawal minit ketiga.

Everton menyamakan kedudukan pada minit 19 melalui jaringan Micheal Keane yang melompat mengatasi Fabinho dan Firmino hasil daripada sepakan sudut.

Pada separuh masa kedua Liverpool kembali di hadapan melalui rembatan kencang Mohamad Salah minit 72.

Tetapi ia tidak bertahan lama apabila sekali lagi benteng pertahanan Liverpool gagal menangani bola tinggi apabila hantaran daripada Digne ditanduk masuk oleh Dominic Calvert-Lewin.

Harapan LIverpool untuk menang nampak cerah apabila Richarlison di buang padang. Tetapi gol jaringan Handerson dibatalkan kerana Mane offside dan Everton mengekalkan rekod tanpa kalahnya.- SM

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button