Ekonomi

Pemberian kuota bawah NEM tamat 31 Disember ini

PEMBERIAN kuota di bawah mekanisme Pemetaan Tenaga Bersih (Net Energy Metering / NEM) berdasarkan ofset satu-untuk-satu akan tamat pada 31 Disember ini.

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia memaklumkan kuota tersebut juga akan tamat sekiranya jumlah peruntukan 500MW telah diagihkan sepenuhnya.

“Kerajaan juga melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menetapkan pelaksanaan ofset secara satu-untuk-satu bagi mekanisme NEM 2.0 akan diselaraskan dengan tempoh keseluruhan ofset selama 10 tahun bermula dari tarikh mula operasi komersial NEM Commencement Date,” kata SEDA dalam satu kenyataan.

Penetapan tersebut adalah terpakai kepada semua pemegang kelulusan kuota NEM 2.0 bagi tahun 2016 sehingga 2020.

Sehubungan itu SEDA menasihatkan pengguna berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad yang layak dan berminat untuk memohon NEM mengemukakan permohonan sebelum tamat tempoh pelaksanaan mekanisme NEM 2.0.

Pemohon juga digalakkan untuk mengemukakan permohonan dengan kadar segera.

Ini bagi memastikan proses semakan dan kelulusan dapat dilaksanakan dengan teratur kerana SEDA Malaysia menjangkakan pertambahan ke atas jumlah permohonan NEM menjelang Disember 2020.-SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button