Ekonomi

Etiqa, Adab Youth Garage hulur bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat Covid-19

ETIQA, dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Adab Youth Garage (AYG), telah memulakan fasa pertama untuk program Bantuan Barang Keperluan COVID-19, dengan memberikan pek makanan kepada 100 buah keluarga yang menetap di Pangsapuri Desa Mentari 2, Petaling Jaya, dan Kampung Teras Jernang di Bandar Baru Bangi.

Etiqa telah memperuntukkan sebanyak RM90,000 untuk program ini bagi memastikan sebanyak 600 buah keluarga di Lembah Klang dapat memenuhi keperluan asas harian mereka selama dua bulan akan datang.

Lokasi pengedaran pek makanan seterusnya adalah PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam, Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, dan Tanjong Karang, Selangor.

Paul Low, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Life Insurance Berhad, Muhammad Nizam Samsudin, Pengasas Adab Youth Garage dan beberapa sukarelawan daripada Etiqa dan juga AYG turut bersama
untuk memastikan program Pemberian Bantuan Covid-19 dapat berjalan dengan lancar, dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ketat oleh Majlis Keselamatan Negara.

Etiqa mengambil inisiatif untuk meringankan beban keluarga yang sedang bergelut untuk memenuhi keperluan asas harian mereka disebabkan oleh aktiviti ekonomi yang perlahan akibat  Pandemik Covid-19.

Ramai rakyat yang terjejas akibat daripada pemotongan gaji yang besar, dan kehilangan sumber pendapatan. Setiap isi rumah menerima pek makanan yang merangkumi gabungan bahan-bahan
makanan yang segar dan kering untuk menampung lima orang ahli keluarga sekurang-kurangnya selama sebulan dalam satu masa.

Low berkata: “Sebagai sebahagian daripada usaha kami menjadikan dunia tempat yang lebih baik, Etiqa berbesar hati kerana dapat membantu keluarga melalui program Pemberian Bantuan Covid-19 untuk memastikan bahawa mereka yang terkesan dapat menyediakan keperluan asas makanan kepada keluarga mereka.

“Dalam waktu-waktu yang mencabar buat segenap masyarakat ini, tiada sesiapa yang harus berlapar. Dengan bekerjasama rapat dengan rakan NGO kami, Adab Youth Garage, kami dapat memastikan pek makanan ini dapat diedarkan secara berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kami berharap melalui inisiatif ini, kami dapat menolong lebih ramai orang yang memerlukan untuk meringankan beban mereka pada masa ini.”

Muhammad Nizam Samsudin pula berkata, mereka berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama Etiqa. Terdapat ramai yang sedang berusaha untuk bertahan semasa pandemik ini, dan sumbangan melalui program Pemberian Bantuan COVID-19 ini akan membantu mereka yang sedang menghadapi masalah, tanpa mengira kumpulan pendapatan dan latar belakang mereka.

Sejak bermulanya pandemik ini, Etiqa telah secara aktif membantu negara dalam memerangi COVID-19.

Antara Inisiatif termasuk menyumbang melalui pembelian 300 unit Meter Aliran Oksigen bagi menyokong Hospital Sungai Buloh di Selangor, pembelian 2.7 juta unit picagari LVD untuk Kementerian Kesihatan bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, memberi sokongan dengan menyumbang sebanyak RM10 juta kepada hospital kerajaan untuk membeli lebih daripada 68,000 unit kit ujian Covid-19, menyumbang RM1 juta untuk pembelian alat bantuan pernafasan melalui Mercy Malaysia serta tambahan RM1 juta kepada Tabung Covid-19 Mercy Malaysia. Di samping itu, sebanyak RM1.4 juta disumbangkan kepada masyarakat melalui program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button