Uncategorized

Pecah tradisi, Yuna Asia Tour bertemu penggemar di Borneo 27 Oktober ini

Dengan antusias yang sangat tebal meski datang dari sebuah negara ‘kecil’, pemuzik wanita
dengan nama Yunalis Zarai ini sedikit pun tidak gentar membawa karya dan menambah ilmu
di benua lain di dunia.

Setelah beberapa tahun ternyata hasil yang dituai manis sekali. Yunalis atau dikenali dengan
nama pentas Yuna bukan sahaja menembusi pasaran lewat kolaborasi bersama figura-figura
tersohor seperti Usher dan Jay Park, namun yang penting bagaimana karya miliknya
diterima baik oleh pendengar di seluruh dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih dan album demi album digarap Yuna menjadikan karier
seni pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27, Terukir Di Bintang semakin bernilai.

Kini pada saat yang tepat, seiring album kelimanya Y5 dirilis, Yuna siap bertemu penggemar
yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace
sehingga dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music
Group.

Dan pertemuan lewat Yuna Asia Tour ini menjadikan Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak
sebagai lokasi pertama seumpamanya yang pernah dibawakan oleh penganjur.

Yuna Asia Tour akan mencipta momen tersendiri di antara penyanyi kesayangan ramai ini
dengan penggemar yang sudah lama menantikan beliau kembali ke tanah air lalu
mempamerkan kredibiliti seninya.

Tidak mengikut ‘arus’ memulakan sebuah konsert besar di ibu kota Kuala Lumpur, RK
LiveAsia dan Icon Entertainment sebaliknya yakin Yuna Asia Tour yang bakal dilangsungkan
di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan sukses.

“Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023 ini.
“Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat
sambutan luar biasa.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya
mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment
percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau.
“Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” ujar Iman Tang dan Rahul selaku
penganjur.
Penganjur juga mengatakan bintang berusia 36 tahun ini tidak akan mengecewakan
penggemar apabila bakal mendendangkan tembang hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris
atau Melayu.

Tentulah single terkini, Masih Sunyi yang dirilis tahun ini akan diperdengarkan bersama
rendisi lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yuna Asia Tour ini, nantikan pengumuman pada
Khamis, 28 September pukul 10 pagi sementara jualan tiket akan mula dijual 2 Oktober
(Isnin), pukul 12 tengahari di https://www.ticket2u.com.my/event/32887.
Jangan sampai terlepas!

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button