Nasional

Esok rukyah hilal Syawal di Perlis

Majlis Rukyah Hilal Awal Syawal 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masehi di negeri Perlis akan diadakan pada petang esok jumaat, 22 Mei 2020 bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di Tapak Cerapan Pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Malaysia 2020, kaedah melihat anak bulan Syawal pada kali ini adalah mengikut Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pada kali ini majlis yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis ini tidak dibuka untuk kehadiran orang ramai seperti kebiasaan dan hanya akan melibatkan jumlah petugas yang terhad.

Semua yang terlibat juga dikehendaki mematuhi segala ketetapan pencegahan (SOP) seperti menjaga jarak sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara

Perkara ini adalah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran penularan COVID-19.

Pemakluman mengenai tarikh awal Syawal 1441 Hijrah akan diisytiharkan pada malam itu jua oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang ditetapkan melalui kaedah rukyah dan hisab.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut secara ‘berbeza’ pada tahun ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra menasihatkan agar sekalian rakyat di negeri ini supaya berdisplin dan bertanggungjawab dalam mematuhi segala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diarahkan.

Setiap ahli keluarga atau individu perlu memakai face mask. Amalkan pencucian tangan dengan menyediakan sabun atau hand sanitizer. Semua ahli keluarga atau tetamu hendaklah mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.

Juga pastikanlah penjarakan sosial dengan mengelakkan ‘3C’ iaitu ‘Crowded Area (bersesak), ‘Confined Area (ruang rapat atau tertutup) dan juga ‘Close Conversation’ (perbualan jarak dekat). – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button