Nasional

Mudir, warden dera pelajar tahfiz secara seksual

SEORANG mudir (pentadbir) sekolah dan warden sebuah pusat tahfiz ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes serangan seksual dan penderaan fizikal membabitkan enam pelajar.

Suspek yang merupakan adik-beradik dan berasal dari Singapura itu ditahan polis di Tanjung Minyak antara jam 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, adik-beradik berusia 40 dan 36 tahun itu ditahan selepas enam mangsa membuat laporan terhadap mereka.

Mangsa yang merupakan pelajar pusat berkenaan berusia antara 13 dan 15 tahun membuat laporan di balai polis Batang Tiga.

Menurut laporan itu, Zainol berkata tiga daripada mangsa mendakwa mereka dicium, diarah mengurut alat sulit dan melakukan seks oral terhadap salah seorang suspek.

“Tiga mangsa lain mendakwa ditampar, ditumbuk dan dipijak serta dipukul menggunakan rotan oleh suspek lain.

“Kejadian itu didakwa berlaku di tiga lokasi berasingan termasuk di pusat tahfiz dan sebuah kondominium di Klebang.

“Mangsa mendakwa mereka didera selepas tidak dapat menyiapkan kerja mengikut masa seperti membersihkan premis pusat tahfiz itu,” kata Zainol kepada pemberita.

Tambahnya, seorang daripada suspek yang merupakan pengasas pusat itu mempunyai rekod lampau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas kanak-kanak serta Seksyen 377B akta berkenaan Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

“Menurut kenyataan mangsa, kejadian itu didakwa berlaku beberapa kali dengan kejadian terbaru berlaku pada 7 Mei lalu. -SM

Baca juga : Pemandu sawan rempuh pejalan kaki, tujuh kenderaan termasuk motosikal

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button