Politik

Esok diisytihar Hari Kelepasan Am Khas Sabah

SEBAGAI hari penentu bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, esok diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Khas negeri itu.

Perisytiharan itu dibuat bagi memberi peluang kepada 1.09 juta rakyat Sabah mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung esok Sabtu, 26 September.

“Kerajaan Negeri Sabah memutuskan 26 September 2020 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am Khas di Negeri Sabah bagi membolehkan rakyat Sabah menunaikan tangunggjawab mereka.

“Untuk keluar mengundi sempena PRN Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16.

“Perisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).”

Demikian kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang dikeluarkan hari ini.

Menerusi kenyataan sama itu juga, Mohd. Shafie menasihatkan rakyat Sabah yang akan mengundi pada hari esok supaya mematuhi prosedur pengundian.

Ini termasuklah prosedur operasi standard (SOP) perjalanan pilihan raya berikutan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

“Orang ramai sekali lagi diperingatkan agar mematuhi SOP pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Sabah dan pihak berkuasa tempatan serta pihak berkuasa berwajib.

“Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian.

“Elakkan 3S iaitu jauhi kawasan sesak, elakkan kawsan sempit dan sembang atau bertutur dengan jarak dekat.

“Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangah dengan air dan sabut, memakai alat pelitup muka di tempat awam dan amaran dari KKM,” tambahnya.

Dalam PRN Sabah, Mohd. Shafie turut bertanding bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Beliau menghadapi persaingan lima penjuru iaitu, Norazman Utoh Nain dari Perikatan Nasional (PN), D. Pg. Ahmad Datu Ali Alam (PGRS), Mdjalis KK Lais (PCS) dan Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO). – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button