Hiburan

Esok bukan cuti umum sempena kemenangan Michelle Yeoh

SIAPA kata esok cuti umum? Pandai-pandai aje tular di media sosial memetik kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar) semalam.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan pantas, semalam telah menafikan satu tangkap layer berita yang tular itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook JPM memaklumkan informasi yang disampaikan menerusi tangkap layer berita berkenaan dalam Bahasa Inggeris adalah palsu.

Michelle, anak kelahiran Ipoh, Perak menang kategori Aktres Wanita Terbaik pada Anugerah Oscar 20 jam yang lalu. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button