Politik

Rakyat perlu PN bentuk kerajaan berintegriti, bebas rasuah – Muhyiddin

TANGKAK 11 Mac – Rakyat Johor wajar memilih Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini kerana calon-calon parti itu berintegriti dan bebas rasuah.

Berucap pada program bersama pimpinan masyarakat dan NGO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak hari ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pemimpin parti itu tidak terpalit dengan penyalahgunaan kuasa maupun rasuah berbanding Barisan Nasional (BN) dan DAP.

Sehubungan itu tambah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), adalah penting bagi pengundi Johor yang akan keluar mengundi esok, wajar membuat keputusan tepat iaitu memilih PN bagi membentuk kerajaan negeri.

“Seminggu yang lepas semua calon PN bertanding di 56 DUN mengangkat sumpah untuk menentang semua salah guna kuasa.

“Itu kita lakukan untuk menunjukkan kesediaan kita untuk membentuk kerajaan berintergriti dimulakan dengan calon-calon kita mengangkat sumpah Wallahi Wabilahi, Watallahi untuk menjauhkan diri dari sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini dilakukan untuk menunjukkan kepada rakyat Johor bahawa kita setia untuk kita dapat bina sebuah kerajaan yang baik dan ini dilakukan oleh calon-calon PN.

“Mengapa calon-calon daripada parti lain bertanding di Johor tidak buat apa yang kita lakukan. Mengapa mereka tidak buat iaitu angkat sumpah dan tentang rasuah,” ujarnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri calon PN bagi DUN Tangkak, Dr. Chong serta disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Mengulas lanjut Muhyiddin turut mempersoalkan mengapa BN atau Pakatan Harapan (PH)  tidak buat lafaz ikrar tolak rasuah.

Katanya, mahukah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersumpah tolak rasuah?

“Mengapa PH tak buat? Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng. Sebab Guan Eng juga hadapi tuduhan di mahkamah begitu juga dengan Zahid,” ujarnya.

Justeru, Muhyiddin meminta rakyat Johor yang akan keluar mengundi esok membuat keputusan yang tepat serta melihat apa yang PN tawarkan untuk mengubah Johor.

Beliau berkata, rakyat juga harus melihat tidak ada dalam kalangan pemimpin dalam PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan terpalit dengan kes mahkamah.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button