Lifestyle

Eskayvie Mindtropic Buktikan Kejayaan Boleh Diformulakan

SEBAGAI jenama yang sinonim dengan produk kesihatan halal dan berinovasi, Eskayvie terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan negara menerusi penganjuran Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic bagi meraikan pencapaian pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025.

Bertempat di DoubleTree by Hilton, Shah Alam, majlis penuh penghargaan ini memberi pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang, selain menghargai sokongan berterusan ibu bapa sebagai tulang belakang kejayaan anak-anak.

Anugerah ini mempertandingkan dua kategori utama:

Pada masa sama, Eskayvie turut melancarkan Kempen Booster Minda, dengan sasaran melahirkan 100,000 pelajar cemerlang menerusi rangkaian program pembangunan potensi pelajar. Usaha ini dijayakan melalui kerjasama strategik dengan pihak sekolah, syarikat korporat dan disokong oleh suplemen minda pilihan ramai, Eskayvie Mindtropic.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri yang juga merupakan pakar perubatan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium berkata:

“Eskayvie Mindtropic diformulasi hasil penyelidikan intensif oleh pasukan pakar kami. Ia mengandungi bahan aktif berpaten seperti Phosphatidylserine yang menyokong fungsi otak dan penghasilan neurotransmitter utama seperti Serotonin, Dopamine, Norepinephrine dan Acetylcholine. Kombinasi ini membantu pelajar meningkatkan tumpuan, semangat belajar serta daya ingatan. Turut disertakan ialah Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monnieri, Magnesium dan Selenium yang berperanan dalam mengurangkan tekanan serta meningkatkan kesihatan sel otak.”

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menjelaskan bahawa Kempen Booster Minda memperkenalkan tiga teras utama sebagai sokongan menyeluruh kepada pelajar dan ibu bapa:

  1. Kesedaran Nutrisi Otak – mendidik ibu bapa mengenai peranan pemakanan dalam kecemerlangan akademik.

  2. Panduan Gaya Hidup Sihat – galakan kepada gaya hidup seimbang termasuk tidur yang berkualiti, aktiviti fizikal dan kawalan emosi.

  3. Ilmu Bersama Pakar – penyampaian maklumat secara terus daripada pakar pemakanan dan doktor mengenai pemakanan terbaik untuk perkembangan otak anak-anak.

Majlis anugerah ini menghimpunkan pelajar dari pelbagai negeri dan latar belakang, sejajar dengan aspirasi Eskayvie untuk memberikan akses kepada semua tanpa diskriminasi terhadap peluang kecemerlangan.

Kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi, Duta Eskayvie, turut menyerikan majlis dengan suntikan inspirasi dan motivasi kepada para pelajar serta ibu bapa dalam menyokong visi besar Kempen Booster Minda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button