Berita GajetEkonomiGajetUlasan

Honor X8 5G serendah RM999

TELEFON pintar jenama Honor terus agresif memperkenalkan peranti baharu yang ditambah baik kualiti dan fungsi canggih.

Paling baharu, ia melancarkan model terkini Honor X8 5G dengan kapasiti bateri dan memori yang besar.

Harga yang ditawarkan menarik iaitu serendah RM999, peranti baharu versi 5G itu hadir dengan Teknologi Enjin Anti Penuaan bagi memberikan keyakinan yang lebih bagus dan lancar kepada pengguna sehingga 36 bulan.

Ia turut dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon untuk pengalaman komunikasi 5G terbaik.

Lebih menarik, telefon pintar itu juga dibekalkan dengan kapasiti besar 5000 mAh yang membolehkan aktiviti menonton video dalam talian dilakuakn sehingga 20 jam selain boleh bermain permainan video sehingga 13 jam bagi sekali pengecasan.

Sudah tentu ia menjimatkan masa dan tenaga elektrik kerana tidak perlu pengecasan terlalu kerap.

Bukan itu sahaja, penstoran besar turut didatangkan dalam siri X baharu itu.

Storan besar 6 + 128 GB itu boleh memuatkan sehingga 26,500 gambar atau 10,600 senari muzik dengan tambahan sokongan kad microSD sehingga 1TB.

Peranti berkenaan memiliki RAM Turbo HONOR yang dapat meningkatkan kuasa 6GB kepada 8GB untuk keupayaan lebih baik.

Tidak dilupakan, aplikasi pelbagai kini boleh dibiarkan terbuka di balik layar dan boleh ditukar-tukar dengan cepat, sekaligus membuktikan kemampuan teknologi yang ditawarkan jenama berkenaan.

Bagi spesifikasi kamera pula, ia hadir dengan tiga kamera belakang 48MP, termasuk lensa makro dan kamera dalaman untuk pelbagai tujuan fotografi, rasmi atau kasual.

Kebebasan memilih sebegitu membolehkan penggemar fotografi bereksperimen secara kreatif dengan teknik penggambaran. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button