Sukan

Eriksen sertai Brentford tujuh bulan selepas kena serangan jantung

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen akan kembali bermain bola sepak hanya tujuh bulan selepas mengalami serangan jantung pada Euro 2020,

Dia akan, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Brentford dengan perjanjian enam bulan.

Eriksen memerlukan rawatan kecemasan utnuk menyelamatkan nyawanya di atas padang semasa Denmark kalah 1-0 kepada Finland pada Euro 2020 dan mempunyai peranti kardioverter-defibrilator (ICD) yang boleh diimplan.

Peraturan Serie A tidak membenarkannya bermain di Itali dengan ICD, dan pada bulan Disember pemain tengah itu membatalkan kontraknya dengan Inter Milan.

Bagaimanapun, selepas menjalani latihan di Switzerland dan bersama bekas kelabnya Ajax, pemain Denmark itu telah menyelesaikan pemeriksaan kesihatan yang berkaitan dan telah disahkan sihat untuk bermain semula di tempat lain.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya telah menandatangani kontrak untuk Kelab Bola Sepak Brentford.

“Saya tidak sabar untuk memulakannya dan semoga saya akan berjumpa anda semua tidak lama lagi,” katanya dalam video ringkas yang disiarkan di laman web Brentford.

Perpindahan itu akan menyaksikan dia sekali lagi bersama  jurulatih Brentford, Thomas Frank, yang melatih Eriksen bersama pasukan bawah 17 tahun Denmark 13 tahun lalu.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Christian sekali lagi. Sudah agak lama sejak kali terakhir saya melatihnya, dan banyak yang berlaku sejak itu.”

“Christian berusia 16 tahun ketika itu dan telah menjadi salah seorang pemain tengah terbaik untuk muncul dalam Liga Perdana. Dia juga telah memenangi trofi di seluruh Eropah dan menjadi bintang pasukan kebangsaan Denmark.”

“Kami telah mengambil peluang yang sukar dipercayai untuk membawa pemain bertaraf dunia ke Brentford. Dia tidak berlatih dengan pasukan selama tujuh bulan tetapi telah melakukan banyak kerja sendiri,” jelas Frank.

Jurulatih Brentford itu menjelaskan Eriksen “cergas – tetapi kami perlu memastikan dia cergas dalam perlawanan” dan menambah dia “tidak sabar untuk melihatnya bekerja dengan pemain dan kakitangan untuk kembali ke tahap tertingginya.” – Xinhua

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button