fbpx
Bola SepakSukan

EPL: City benam Arsenal 3-0

MANCHESTER City menang selesa 3-0 ke atas pasukan Arsenal dalam aksi sulung perlawanan yang diadakan secara tertutup Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Jaringan City dihasilkan di babak kedua pada minit ke 45, 51 dan 91. Arsenal bagaimanapun gagal meledakkan sebarang gol di gawang City.

Perlawanan turut menyaksikan pemain gantian Arsenal pada babak pertama, David Luiz dilayangkan kad merah selepas mengasari dengan menarik Riyad Mahrez.

Kesilapan Luiz itu membawa padah kepada pasukan Arsenal apabila City dianugerahkan dengan sepakan penalti.

City kini berada di kedudukan kedua liga sementara Arsenal, di tangga kesembilan.


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button